Monday, September 11

More on astronauts...

Hey!! I was reading Utusan online and I came across this article on astronauts (I'm not giving up, hehe), and I took an excerpt to show MORE reasons why they are going into space. I never knew how Muslims perform solat in space, and the astronaut is going to find out. It also explains the reason why the cost is so expensive. This article is from Utusan Malaysia dated 6th September 2006, in the Rencana section. Enjoy.


Penghantaran angkasawan ini ke angkasa lepas nanti bukan sekadar membawa
nama negara tetapi juga budaya Malaysia.
Antaranya makanan kegemaran rakyat
negara ini seperti roti canai, sate, teh tarik dan durian turut akan dibawa ke
angkasa lepas.
Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)
kini giat mencari kaedah untuk menyesuaikan keempat-empat makanan itu dengan
keadaan mikro graviti yang wujud di angkasa lepas.
Selain itu, penghantaran
angkasawan negara beragama Islam ke ISS juga diharap dapat meneroka cara tepat
untuk menunaikan solat di angkasa lepas.
Penghantaran angkasawan pertama
negara dengan kos RM95 juta merupakan sebahagian daripada program mengimbangi
pemerolehan 18 jet pejuang Sukhoi SU-30 MKM dari Rusia yang ditandatangani pada
5 Ogos 2003.
Di bawah program berkenaan, angkasawan Malaysia tidak akan
semata-mata berperanan sebagai ‘penumpang’ pada misi angkasa lepas tetapi turut
menjalankan eksperimen saintifik di ISS yang terletak 402.34 kilometer dari
permukaan bumi di antara enam hingga lapan hari.
Sebanyak RM18.5 juta (AS$5
juta) diinsuranskan untuk program ulung Malaysia ini bagi melindungi sebarang
tuntutan atau tindakan undang-undang yang mungkin dikenakan ke atas kerajaan
Rusia atau pihak-pihak lain yang terlibat.
Manakala RM3.7 juta (AS$1 juta)
merupakan insurans nyawa bagi angkasawan negara.

No comments:

Post a Comment

now it's your turn to talk.