Monday, March 30

kalau hotdog bukan anjingpanas...

saya sedang buat penyari kataan.
dalam program ini ada disebut tentang 'underdog'.
saya pun gugel lah untuk cari istilah yang sesuai dalam bahasa melayu, sebab ruang dan masa untuk terjemahan ini sangat terhad jadi tak bolehlah nak terjemah 'orang yang ditindas' atau 'pihak yang dianggap lemah' atau apa-apa lagi yang merujuk kepada gelaran underdog itu, yang paling saya ingat ialah masa world cup 2006 ramai sokong italy sebab dia team underdog menentang france yang sediakala hebat. (dan sebab masa tu zidane buat head-butt action kat materazzi hahaha! i can't stop talking bout that for weeks! klakar siot.)

saya pun gugel2...
pastu jumpelah, satu tempat ni dia sebut pasal underdog...pastu dia kata, nasib baik [nama akhbar] tak terjemah underdog jadi 'anjing bawah' macam selalu kita tengok kat sari kata tu...

aih.

ada sedikit perasaan marah di sini. tapi takpe. saya baca lagi sebab rasanya, kalau dia cakap camtu, tentulah dia tahu istilah yang sesuai untuk ungkapkan underdog dalam bahasa melayu, kan? tentulah dia lebih terer daripada pembuat sari kata, kan?

tapi...

saya baca punya baca, setiap kali dia mention underdog, dia tulis cam biasa, italic je. macam, "...pihak yang mengatakan dirinya underdog itu..."

maka, apakah pengajaran kisah ini?

kalau nak kutuk sari kata itu tak betul, ini tak betul, sila bagi cadangan jawapan yang betul. sebab kalau kamu pun tatau terjemahan istilah yang betul, guna jalan mudah iaitu italic je, mana-mana pembuat sari kata pun boleh buat camtu tapi kenapa kitorang tak buat?
sebab kalau semua istilah english tu kita sengetkan, maka sengetlah seluruh subtitle yang anda baca kat tv tu. kami ikut etika.

kamu tidak.

sekian.

7 comments:

  1. kepala pun senget masa nak baca subtitle. huhuh.

    underdog. pihak tertindas? lebih pendek dari orang yang tertindas kan?

    ReplyDelete
  2. hahah komen tentang penyarikataan!
    aku suka!

    dan ye, saye juge agak marah kalau manusia suka2 komen pastu dia cume sengetkan

    kalau x tau, kata la x tau btol x?

    nasib baik laaaaaa aku punye reaksi kalau nmpk subtitle pelik hanya cuma "eh kenapa dia translate jadik macam tu! kenapa dia x translate sbg '__________'?! haha entah la", sambil berkata kpd adik pastu sama2 gelak kalau translation tu penggunaan kata nye memang adalah jarang2 didengari

    kalau x mesti aku kne marah ngan ilie. hahahahahahhahaha

    tp sesungguhnye aku enjoy nengok subtitle yg kadang2 direct translate. dan kadang2 kalau terkeluar yg perkataan itallic pn, cam, kami berusaha sedaya upaya untuk cari pkataan yg seswai. pastu lumba sape dapat translate dulu. kalau dapat, mesti yg dapat dulu akan terasa hebat. ngahahahaha

    alamak kantoi tgk subtitle. cmana laaaa english aku nk berkembang

    tp br2 ni dah laaaaama x nengok tivi. hehe

    alamak. agaknye aktiviti2 kami sebegini laaah yg nyebabkan adik aku mcm terpengaruh nk buat subtitling. padahal dia mcm nk buat biotek. huhu entah la.

    aku ni seorg abang yg x concern dan memeningkan kepala adik nye. huk huk huk T-T

    ReplyDelete
  3. anim,

    yep, in a broader sense memang maksud dia pihak yg tertindas or pihak yang not expected to win/succeed. i want one term for it, tade kot. lagipun dlm konteks program yg saya buat ni, maksud dia lain.

    sarapi,

    ye2 haha aku pun masih menggelakkan subtitle yang tak betul tapi takpe aku layak gelak sebab aku tau camane prosedurnya hahaha. sebolehnya kami akan elak italic melainkan ia nama makanan ke, hehe bayangkan kalau nama2 masakan mexico contohnya enchiladas, quesadillas, huevos rancheros, etc. kalo aku tak sengetkan tu nak mampus cari maknanya? tapi takpe. kalo editor kate takyah senget, takyah lah.

    eh sarapi dah jauh menyimpang hehe. meh sini adik kau. biar aku train (kereta api?) dia.

    ReplyDelete
  4. train. bimbing?

    oh yeahhhhhhhhhh~

    maafkan saya sebab saya baru habis subbed satu muvi utk fyp. haha terlebih eksaited sakit otak dah hilang~~~~~

    ReplyDelete
  5. italicize adelah jalan paling mudah untuk guna perkataan yang bukan dalam bahasa kita (dan saya marah ruang komen ini tiada kemudahan peng'italic'an..-__-"..

    apa pun, underdog = bukan pilihan seperti underdog team = pasukan bukan pilihan, underdog candidate = calon bukan pilihan (rasanya kamu pasti dah dapat, saja suka memanjangkan komen)..

    tapi bagaimana pula dengan slumdog, seperti slumdog millionaire itu?

    jutawan anjing selam?

    ReplyDelete
  6. sang kerdil

    ReplyDelete
  7. encikmasen,

    italicize bukan jalan paling mudah, tapi itu satu rule untuk guna perkataan daripada bahasa asing dalam bahasa kita.

    slumdog is a new coined word (there's a term for this, i don't remember) which joins 'slum' + 'underdog'...coz in the movie, that kid is an underdog contestant dalam pertandingan who wants to be a millionaire, and he comes from the slum area.

    dan siapa kata ruang komen ni takde kemudahan pengitalican.

    apam,

    apekah, sang kerdil?

    ReplyDelete

now it's your turn to talk.